Bismillah..
Assalamualaikum w.r.b.t.
Izinkan ana meng'share' msj whatsapp dari sahabat ana. Msj yg semoga kita semua
dapat mengambil ibrah darinya.
Humaira tu cantikkan ?
Imran ni sihat ke tak? tiba-tiba je
'Cantik, sopan, solehah' Imran describe muslimat tu satu-satu.
'Kau dah terbang kat dunia angan-angan mana dah weh?' aku terjah
dia.
Bahaya makhluk hidup yang angau macam ni. Aku takut zina hati je.
Melebih-lebih dalam melayan perasaan.
Zina hati ni satu application macam WAZE yang membawa ke neraka
Allah. Na'uzubillah.
Imran mengerut muka 'Ish kau ni kacau laa. Aku dok fikir pasal
Future Zaujah aku!'
'Kau rasa kau layak ke untuk Humaira tu?'
Satu ayat itu membuatkan Imran terkedu. Sentap. Robek. Rabak.
'Aku tahu aku macam syaitan. Aku sedar.' Imran mengeluarkan ayat
pasrah Drama Melayu.
'Tapikan, boleh ke aku yang macam Syaitan ni nak zaujah Bidadari?'
Imran soal aku.
Aku tak faham dengan Imran, kalau tanya aku memang aku kasi
jawapan sentap dan robek la.
'Kangaroo ada kahwin dengan Zirafah?'
'Takde laa beb'
'Sebab mereka tak sama species. So memang tak mungkin bersama!'
Ayat sentap wa robek gua kasi.
Imran terus solat taubat dan masuk pondok pengajian Baitul Qura'
di Melaka. Imran menjadi penuntut sepenuh masa di pondok tersebut dan berjaya
menjadi Al-Hafiz 30 juz.
Alhamdulillah kini Imran dan Humaira sudah mempunyai cucu. Cucu
pun tengah sarat mengandung.
Alhamdulillah. THE END
------------------------------------------
Kismis dah habis serentak dengan habisnya drama bergenre aksi di atas.
kali ini kita hidupkan sunnah dengan menggantikan popcorn dengan
kismis.
Selawat ke atas Nabi. Sollu'alaanNabiy!
Imran nak Humaira.
Dalam point of view Imran, dia tidak layak dengan Humaira.
Dalam pandangan Imran:
Imran = Syaitan
Humaira = Malaikat
So apabila mendapat penerangan daripada aku. Imran fahami bahawa
tidak mungkin untuk mereka bersama. kerana Kangaroo mustahil untuk kahwin
dengan Zirafah.
Zirafah = Zirafah
Kangaroo = Kangaroo
Kurang soleh = Zirafah
Soleh tahap awesome = Kangaroo
Imran = Zirafah
Humaira = Kangaroo
Perlulah sama jenis, sama species.
Maka Imran pergi pondok jadi Al-Hafiz agar dapat jadi sama species
dengan Humaira.
Akhirnya beliau berjaya! :D
Tahniah bro
Tapi ada certain manusia yang berpendapat bahawa walaupun mereka
persis dengan adik sepupu kepada Inche Syaitan mereka masih layak untuk
mendapatkan pasangan yang awesome persis bidadari malaikat.
Wehh, aku bukan nak kata kata korang patut putus asa untuk
mendapatkan yang baik, no no no !
cuma jom kita sambung makan kismis dan kita hayati sebentar kalam
Allah dalam Quran Kareem;
"Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak
baik., dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula.
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang
baik."
Boleh ushar dalam Surah An-Nur. ayat 26.
See guys. Equation yang Allah bagi really much mudah.
#1 Laki baik awesome = Perempuan baik awesome
#2 Laki jahat kejam = Perempuan jahat kejam
So, jadilah yang baik untuk dapat yang baik. jadilah yang soleh
untuk dapatkan yang solehah.
mudah macam tu je. like i said before,
kangaroo = kangaroo
zirafah = zirafah
ehemmmm ehemmmmm.
Memang aku tak nafikan Kisah yang Awesome antara pasangan istimewa
iaitu.....
Nabi Yusuf dan Zulaikha.
Nabi Sulaiman dan Balqis.
Zulaikha pada awalnya tidak solehah.
Siap tarik baju Nabi Yusuf. Balqis pada awalnya tidak solehah.
Siap sembah matahari.
Tapi how can diorang end their story dengan menjadi isteri kepada
Nabi? dah laa Nabi maksum!
Haaaaaaa, itu namanya TAKDIR ALLAH. Allah lah sebaik-baik pembuat
skrip drama kehidupan kita!
kan Allah dah kata : wallahu yag'aluu maa yureed.
mafhumnya : Allah akan lakukan apa yang Dia kehendaki.
So, hikmah Allah ini teramat luas. Lebih luas daripada nenek Gurun
Sahara bahkan berganda-ganda lebih luas.
So, that's why Allah tetapkan mereka berpasangan dengan Nabi.
Walaupun pada awalnya mereka tidak Solehah.
uhuk uhukk,
lupa ke Zulaikha dan Balqis bertaubat dahulu?
mereka bertaubat selepas kesalahan dan kesilapan mereka yang
sebelum-sebelum.
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, maka segala dosa mereka
kering kontang!
Haaa, maka sesuailah pasangan antara Nabi Yusuf & Zulaikha
serta Nabi Sulaiman & Balqis.
tapi, tapi, tapi
ingat tak kisah Nabi Nuh, Nabi Luth dan juga Firaun.
Nabi Nuh soleh, tapi isteri menentang Dakwah suaminya. Nabi Luth
soleh, tapi isteri menentang dakwah suaminya juga.
Firaun dilaknat tuhan, tapi isterinya Asiah solehah yang amat.
Macam mana tuh?
Baik dengan Jahat?
Jahat dengan Baik?
Aduhhh, jom sambung makan kismis lagi -_-
Kita ushar apa Allah kata dalam Quran:
"....Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia
baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik
bagi kamu. Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Acu try jenguk Surah Al-Baqarah, ayat 216
#1 tak semestinya apa yang kita fikir bagus itu, bagus untuk kita
#2 tak semestinya apa yang kita fikir teruk, teruk untuk kita
Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Bila dapat pasangan yang perangai teruk, tak baik, tak solat,
disco setiap hari, minum arak, solehah itu memang tiada. (Na'udzubillah)
Padahal kita ni tahajud tak tinggal, sedekah RM1000 setiap hari,
ada sekolah Tahfiz 10 buah, dah bina Masjid.
Jangan kata janji Allah itu tidak benar! No no no
Just remember, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
I repeat, hikmah Allah ini teramat luas. Lebih luas daripada nenek
kepada Gurun Sahara bahkan berganda-ganda lebih luas.
Itu namanya Dakwah Allah nak kamu ubah si pasangan kamu itu.
Allah nak kamu bawa pasangan kamu itu ke Syurga.
Allah nak kamu tarik pasangan kamu dari api neraka,
Sebab Allah tahu,kamu mampu untuk lakukannya.
Allah dah kasi kepercayaan yang you can do it!
Allah kata : Allah tidak akan membebani someone kalau dia tidak
mampu
So do your best dengan kepercayaan Allah! :D
-------| Edvais of the Day |-------
Kepada Abang-abang Soleh, ustaz-ustaz moleknya berkahwin dengan
wanita yang kurang solehahnya.
Bolehlah nak bluetooth kesolehan korang kat yang kurang solehah.
Agar mereka menjadi Solehah sama Soleh seperti korang. Pastu nanti
enjoylah kat syurga bersama :3
Kepada kakak-kakak Solehah, ustazah-ustazah moleknya berkahwin
dengan lelaki yang lebih Soleh. jangan kahwin dengan lelaki yang kurang piawai
soleh.
Kenapa?
Dikhuatir ketidaksolehan lelaki itu dibluetooth kepada wanita
ustazah solehah.
and finally semua solehah itu lebur dek kerana effect
ketidaksolehan lelaki kepada wanita itu
Na'uzubillah
---------------------------------------------------
Bukankah lelaki itu pemimpin big boss kepada wanita. Maka effect
lelaki kepada wanita amat kuat dan pekat.
Maka followlah nasihat Murobbi Ustaz Azhar Idrus itu!
The heart of the matter,
Sesiapa yang rasa kurang imegresen soleh untuk mendapatkan 'si
dia' yang bagaikan malaikat, maka usahalah jadi malaikat sepertimana 'si dia'
itu malaikat.
ingat sokmo yang ni:
Laki baik awesome = Perempuan baik awesome
Laki jahat kejam = Perempuan jahat kejam
'Alaaa aku dah jadi Soleh tahap dewa, tapi tak kahwin pun dengan
dia? Apecer?'
mungkin kamu tidak dapat 'si dia', tapi inn Shaa Allah kamu akan
dapat yang setaraf atau yang lebih baik dari 'si dia'
Maybe you deserve better :)
ingat sokmo yang ni:
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
So, jadilah malaikat untuk dapatkan malaikat jadilah kangaroo
untuk dapatkan kangaroo.
Dari kalam Inche Kopiah dalam entry bertajuk : "I syaitan nak
Zaujah Malaikat"
Maka kesimpulannya Allah dah tetapkan yang terbaik untuk
untuk kita. Nak atau tak itu pilihan kita. Jom perbaiki diri. Sekian.

No comments:
Post a Comment